Tuesday 3 September 2013

SEJARAH SEKOLAH

SMK Alang Iskandar telah didirikan pada tahun 1969 di Jalan Kurau , Bagan Serai, Perak. Sekolah ini kemudiannya dirasmikan pada tahun 1979 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Al Mutawakkil -allahu Shah. Nama sekolah di ambil sempena nama ayahanda baginda yang telah memerintah negeri Perak. 

Pada peringkat awal penubuhan sekolah ynag telah menelan belanja sebanyak RM 286 745.00 ini hanya terdapat 644 pelajar dan 25 orang guru yang bernaung di bawah pemangku pengetua En Ahmad Suffian Bin Arshad. Pada Oktober 1973, En ALi Bin Jamil telah dilantik sebagai pengetua dan sepanjang pentadbiran beliau , sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. En Hussin Bin Kamdi telah mengambil alih jawatan sebagai pengetua pada November 1979. Beliau banyak membawa perubahan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun yang sama, aliran sains telah dimulakan di sekolah ini. 

Pengetua silih berganti, Tn Haji Mohd Sabri B Ngah Habsyah telah memulakan tugas sebagai pengetua pada 1 Jan 1980. Kelas tingkatan enam telah dibuka pada 1982 untuk menempatkan pelajar Bagan Serai yang terpaksa ke Parit Buntar untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Tempat beliau kemudian digantikan oleh En Qainal Badi Bin Ahmad Rafie yang bertugas sehingga 1989. 

En Abas Bin Ahmad bertugas pada tahun 1990 telah mempelopori Program Keceriaan SMKAI sehingga berjaya menjulang nama SMKAI sebagai johan peringkat daerah dan naib johan peringkat zon utara negeri Perak pertandingan keceriaan sekolah. 

Sesuai dengan peredaran masa SMKAI terus mencatat sejarah apabila mendapat seorang pengetua pertama iaitu Puan Hajah Salamah Bt Dato' Hj Abdul Rahim. Program keceriaan SMKAI diteruskan sehingga SMKAI berjaya merangkul gelaran Naib Johan Negeri Perak dalam pertandinagan keceriaan, kebersihan, keselamatan pada tahun 1995. SMKAI terus mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah terbaik dalam peperiksaan STPM peringkat Daerah Kerian dan tempat kedua terbaik Negeri Perak dengan pencapaian 100 peratus lulus pada tahun 1994. 

Pn Fudziah Bt Talib mengambil alih jawatan pengetua pada tahun 1999. Sehingga Jun 2008, SMKAI diterajui oleh Dr Haji Abdullah Khir Bin Haji Sulaiman. Pengetua seterusnya ialah Pn Hjh Zariah Bt Haji Johari yang mengambil alih tugas pengetua pada 18 Jun 2008. Setelah setahun enam bulan menerajui SMKAI, Puan Hjh Zariah ditukarkan ke SMK Muzaffar Shah. 

Kemudian, Tuan Haji Zulkipli Bin Abdul Rahman mengambil alih jawatan pengetua sehingga sekarang. 

Setakat ini, SMK Alang Iskandar terus mencapai pembaharuannya iaitu memberi peluang pendidikan pada segenap lapisan masyarakat dan membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berperibadi tinggi dna berakhlak mulia.